Thursday, 20 September 2012

Malang

A very frustrating day for me.... super duper bad day. Ok, semua nya bermula sejak semalam... Semalam aku pergi study kat study room... Balik malam pukul 11 macam tuh, biasa la nak tidur awal sebelum pukul 12... Tapi tapi tapi..... housemate aku yang sungguh 'bijak' pi kunci rumah dari dalam. Aku msj tak reply. Aku dengan fed up nya terpaksa pergi study room balik, jumpa classmate aku, buat muka *comel* mintak tumpang tidur kat rumah dia (perempuan okey!!!!) Jujur nya, aku merajuk. Yes! I'm super duper angry and I feel like chocking every one of them. Dah tu buat muka tak bersalah pulak, haish, sungguh 'berbudi bahasa'. Tapi, xapa, ada mi ada beras, ada hari aku balas (betul ke?) Hahaha.... Sungguh *notty* ya pemikiran aku, aku plan nak pergi beli screwdriver and bukak kunci tu, the door will remain unlocked forever..... Muahahahahahahahaha!!!!!! Bayangkan muka diorang balik kelas tengok kunci pintu hilang. Hohohohoo... I'll give you my sweetest devillish smile ever. Hish3.... tak baik tau.... Tapi masalah nya ni bukan kali pertama... So, aku akan amik tindakan drastik mengikut Akta 001 di bawah kesalahan mengunci wanita berkarisma di luar rumah. Ececece.... hahahaha.....

Lepas tu, tadi buat eksperimen, aku teruk gler.... Sediiiiiiiiihhhhhhhhhhh.... I ruined everything.... Dah la dalam group aku ada sorang budak lelaki yang perfect, pandai, good-looking, baik, and the list goes on...... Tapi aku tak de lah menggatal gedik kat dia... Pleaseeee la...... Tengok dia perfect macam tu lagi la rasa nak buat elok2, so tak de la memalukan diri depan dia.... Tapi tapi tapi.....practical skill aku terooooookkkkkkkk macam budak baru belajar buat eksperimen.... Tahap keterukan tu sampai cikgu aku pulak yang terpaksa buat untuk aku..... Malu gler.... Aku dah down habis dah... Rasa macam tak berguna untuk team aku,.. Tapi tapi tapi..... budak tu.... dia panggil aku, lepas tu suruh aku tolong yang simple simple... Dia macam tahu je apa aku tengah rasa...... Dia senyum je macam nak bagi aku rasa lebih ok... Baik kan kan kan???? Sangattt humble! Aku nak jadi macam dia la tapi versi perempuan.... tercapaikah? Of course la..... Well....

Hampir 4jam dalam lab sangat menyeksakan aku.... Tapi ada peningkatan la berbanding mula2 dulu....InsyaALLAH will do better and better in the future.... Balik dari lab pukul 8 malam, sangat letih penat lapar dan rimas, nak naik bas, pak cik tu pulak pergi cakap aku stay sampai malam mesti nak pergi dating. Please la pak cik, boyfriend pun tak de and tak akan ada.... Kalau betul pun aku pergi dating, aku dating la dengan Mr. Tulang kat lab tuh, bagi pandai sikit anatomi manusia semua tuh...tak de lah exam terkial2 nak jawab, ye lah, tulang tu kan laki aku...huh.... *jeling pak cik tu*. Anyway, thanks sebab hantar saya balik.  Sampai hostel 8.30, makan jap buat apa yang patut apa semua, pkul 9 aku pergi lagi study room. Jumpa pulak juniors yang tak faham bahasa. Wei.... Study room bukan tempat untuk korang borak nyanyi2 la!!! Tau tak senior2 nih tengah bertungkus lumus study? Tahu tak? Tahu taaaakkkkkkk?????????????????? Hish, lepas tu aku terus bangun, pergi tolak diorang keluar.... (Kalaulah aku seberani ni....) Back to the fact, aku just duduk je sambil meng 'shhhhhhhh' kan diorang tanpa dilayan.... Pathetic senior... ni semua salah genetic aku yang buatkan muka aku nampak macam budak-budak, kalau marah pun orang tak takut....sedih...malam yang sedih...

Dah ar,... nak tido... Kalau tido pun mimpi buruk tak tau la aku...

Luahan Hati Insan Yang Sedih Maut Lady in White

No comments: