Saat ini syaitan sedang melaksanakan tugasnya. Memang betul kehadirannya terhijab dari pandangan mata kasarku, namun saat ini aku dapat merasa kehadirannya dekat di hatiku, membisikkan perasaan was was ke dalam hati ku.
Saat ini, dia hadir menakutkan ku dengan pelbagai benda yang mungkin terjadi sekiranya aku berubah... Dia takutkan aku dengan kata2 manusia, dengan andaian2 sumbang manusia, dengan kemungkinan kehilangan kawan2, serta kemungkinan untuk terus kehilangan cinta yang selama ini aku kejar...
Saat ini pelbagai saat jahiliyah ku dia titipkan dalam ingatan ku... Saat ini dia bermain dengan perasaan ku, menyebabkan aku terfikir, 'Layak ke aku nak pakai baju muslimah kalau perangai aku dulu macam tu' 'Macam mana nanti kalau orang lain tahu perangai dulu ku, kisah silam ku, mesti diorang akan cakap yang aku berselindung di balik tudung, aku hipokrit." Andai kata aku kekal dengan diriku yang kini, tiada siapa yang akan meletakkan expectations ke atas ku... Biarlah kejahatan ku terzahir dengan luaran ku... Itu kata hatiku saat ini....
Saat ini niatku cuba dipesongkan olehnya. Dari untuk mencari keredhaan Allah, dia munculkan imej2 orang yang akan gembira dengan perubahanku. Bukankah itu maksudnya aku mencari perhatian manusia. Justeru apa yang ku dapat? Hijrah kerana Allah dan Rasul @ Hijrah untuk manusia lain?
Licik sungguh permainan syaitan....
No comments:
Post a Comment